Assalamualaikum,
Pesta buku merupakan medan bagi penerbit dan penulis untuk memasarkan buku-buku mereka. Pada masa yang sama, pesta buku juga merupakan tempat bagi golongan 'ulat buku' dan juga pencinta novel. Bagi golongan pencinta buku, mereka bukan sahaja menjadikan pesta buku sebagai satu tempat untuk dikunjungi, malah mereka juga menjadikan ia satu alat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalagan pembaca dengan pembaca, pembaca dengan penulis dan pembaca dengan penerbit.
Baru-baru ini, pesta buku di Universiti Utara Malaysia baru sahaja berakhir. Tempoh pesta itu berjalan selama seminggu yang bermula pada 20 Mac (Ahad) dan berakhir pada 26 mac 2016 (Sabtu). Sepanjang tempoh pesta itu berlangsung, pelbagai aktiviti yang diadakan oleh penganjur bagi merancakkan lagi pesta tersebut. Di samping itu, dapat menambahkan lagi bilangan pengunjung ke pesta buku tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, pertandingan pidato, pertandingan spell it right, pertandingan puisi, bengkel penulis kreatif dan pertandingan drama komsas. Pertandingan ini disertai oleh pelbagai golongan. Antaranya ialah, pelajar sekolah , pelajar universiti dan orang awam.
Selain daripada pesta buku, juga berlangung IT & PC fair pada tarikh yang sama. Ini juga menarik minat pelajar-pelajar untuk berkunjung ke tapak pesta buku. Selain dari buku banyak juga barangan yang boleh didapati di situ. antaranya ialah printer, hard disk, dakwat printer, kertas A4 dan barangan komputer yang lain. tidak ketinggalan juga bagi mereka yang ingin membeli baju. terdapat juga peniaga-peniaga yang menyediakan baju-baju yang cantik-cantik seperti baju jersey, baju kurung dan baju kemeja. Disitu juga terdapat peniaga yang menjual makanan dan minuman yang terdiri daripada pelbagai makanan yang enak-enak.